Thursday, March 25, 2010


LATARBELAKANG MARINARA
Pada 2hb Julai 1983, Hajjah Marina Yusoff (HMY) telah tubuhkan syarikat Pekeliling Triangle Sdn Bhd.(PTSB) dengan tujuan membeli tanah dan bina bangunan. Dalam tempoh lima tahun beliau telah membeli tiga keping tanah dan mencantumkan menjadi satu tanah yang besar jumlah 2 1/2 ekar. Bersama dengan beberapa Arkitek dan Konsultant beliau telah reka dan membina 36 tingkat bangunan kommersial, pejabat dan kondominium mewah yang dinamakan MARINARA, telah diberi bantuan olih Bank Negara dengan mendapat pinjaman Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) melalui ERF (Entrepreneur’s Rehabilitation Fund) sebanyak 23 juta untuk memulakan kerja cerucuk. Bank Negara telah mengaturkan pinjaman dengan Bank Bumiputra Sdn Bhd berjumlah RM169,800,000.00 yang diluluskan seperti berikut:
(i) Kemudahan Term Loan I RM26,000,000.(hanya RM20 juta digunakan)
(ii) Kemudahan Term Loan II RM 21,000,000 (hanya 17juta digunakan)
(iii) Kemudahan Bank Guarantee RM122,800,000.* (tidak digunakan kerana
kontraktor tidak siapkan bangunan dan Bank Guarantee ini tidak bolih dibayar)
Melalui Tripartite Agreement ERF juga telah memberi jaminan untuk membayar segala bayaran sementara bangunan belum siap dan di jual. PTSB di beri satu tahun dari tarikh bangunan disiap untuk dijual dan selesai hutang. Mengikut Perjanjian PTSB dibenar menjualkan sebahagian sahaja bangunan tersebut sekiranya ia mencukupi untuk selesaikan hutang dan menyimpan baki bangunan yang tidak dijual. Tetapi apabila Danaharta tidak membenar HMY menjual sebahagian daripada bangunan di sini lah timbul punca masaalah. Semua developer lain dibenar menjual melalui pecahan unit tetapi HMY tidak dibenarkan berbuat demikian. Memang sukar nak jual seluruh bangunan besar kepada satu pembeli dalam tempoh masa yang tersingkat dan dengan ada nya begitu banyak halangan dari Prokhas dan Duar.
Dokumen Securiti dengan Bank ialah:
(i). Perjanjian Tripartite antara PTSB, BBMB dan ERF Sdn Bhd**
(iii). Cagaran
(iv). Debentur
(v). Serahak Hasil Jualan
(vi). Serahak Bon Pelaksanaan
(vii). Jaminan bersama dan perpisah olih Pengarah Pengarah :-
Marina bt Mohd Yusoff (HMY)
Ida Nerina bt Hussain
Razak Malique bin Hussain.
HMY dan Pengarah Pengarah lain ada lah Penjamin utama Pinjaman
semua kemudahan Bank. Penting bagi mereka untuk memastikan bangunan
disiap dan dijual untuk membayar balik pinjaman. Selagi hutang ini tidak
selesai mereka tidak dapat membuat sebarang pinjaman Bank untuk perniagaan
lain kerana di masuk kan kedalam senarai hitam dalam rekod Bank sehingga
ke hari ini.
*Bank Guarantee yang diberi kepada kontraktor, Chase Perdana Berhad,
menjamin bayaran sebanyak RM122.77 million dalam tempoh 30 bulan dan
hanya bolih dibayar apabila Certificate of Practical Completion dikeluarkan olih
Akitek. Walaupun selepas lanjutan masa yang diberi olih Akitek tarikh
bangunan ini patut disiapkan ialah 28 Februari 1998 tetapi kontraktor tidak
menyiapkan bangunan dan dikenakan denda lewat (Liquidated and
Ascertained Damages) sebanyak RM77.5 million pada tarikh kontraknya
ditamat pada 3 October 2002 yang sepatutnya dibayar kepada PTSB.
PINJAMAN PTSB BUKAN DALAM KATEGORI LOAN TIDAK BERBAYAR.
Pada tahun 1999 atas arahan Menteri Kewangan semasa, Daim Dzainuddin,
semua akaun akaun perniagaan HMY,ia itu PTSB dan Marina Sdn Bhd (MSB),
telah di pindahkan kepada Danaharta dan semua akaun Bank PTSB dibeku serta
merta walaupun projek BELUM TERBENGKALAI dan bukan dalam kategori
pinjaman tidak berbaya.(NPL) dan sebelum ini tidak pernah ada apa apa surat
tuntutan hutang daripada Bank (kerana belum tiba masa membayar)atau mana
mana pihak.
Semasa tarikh pindah ke Danaharta, pinjaman pokok yang telah diguna
hanya RM37,350,411.
Danaharta tidak berhak melantik Pentadbir Khas kerana pinjaman bukan dalam
kategori pinjaman tidak berbayar (NPL) tetapi, tanpa sebab, pada 15 October
2002, Danaharta Urus Sdn Bhd melantik Pentadbir Khas untuk PTSB.
Disitulah bermula segala usaha dibuat untuk gagalkan projek MARINARA kerana
Pentadbir Khas mempunyai kuasa menyeluruh yang luar biasa dan mudah di
selewengkan dan disalahgunakan.
Apabila Danaharta di istihar tutup pada akhir tahun 2005, pada 9 December
2005 Pentadbir Khas telah melepaskan jawatan mereka, tetapi mereka
tidak memenuhi keperluan syarat syarat Akta Danaharta 1998, khususnya
Seksyen 44, kerana gagal menyediakan Cadangan (“workout proposal”) dan
langsung tidak menyediakan akaun akaun dan rekod rekod syarikat sejak 2002
sehingga ke hari ini. Tidak ada sebarang penyerahan rekod rekod kepada mana
mana pihak apabila mereka lepaskan jawatan. Pada tarikh yang sama
Danaharta melantik Duar Tuan Kiat (Duar) sebagai Pengurus dan Penerima atas
“Debenture” tanpa sebarang perintah Mahkamah, walaupun syarat syarat
Debenture tidak dipenuhi dan tidak ada sebarang “default”. Semua hak hak
PTSB dan HMY dan pengarah pengarah dan pemegang saham diketepikan
begitu sahaja. Disini lah bermula kehancuran PTSB dan HMY.
**Perjanjian Tripartite sepatutnya mengatasi Debentur kerana ERF
bertanggungjawab membayar semua yang perlu dibayar sehingga bangunan
siap dibina dan dijual dalam tempoh satu tahun selepas mendapat C.P.C.
(‘Certificate of Practical Completion”). Fakta ini sengaja diketepikan olih
mereka termasuk Mahkamah.
Perjanjian Penyelesaian
Usaha untuk cari jalan Penyelesaian telah dibuat olih Datuk Zukri Samat dengan
mencadangkan Perjanjian Penyelesaian bertarikh 16.9.2004. Jumlah RM122.7
juta (harga penyelesaian) dalam Perjanjian Penyelesaian telah dipersetujui olih
Danaharta dan semua pihak setelah mengambil kira semua factor termasuk
kegagalan kontraktor Chase Perdana Berhad menyiapkan bangunan dan masih
hutang RM 77.5 juta kepada PTSB.
Walaupun satu satunya tugas Pentadbir Khas ialah untuk berusaha
mendapatkan pinjaman olih kerana mereka berkuasa penuh atas syarikat dan
akaun akaun, tetapi mereka gagal berbuat demikian dan tidak memberi kuasa
sepenuh kepada HMY berbuat demikian. Walaubagaimana pun HMY terus
berusaha dengan Maybank untuk dapat pinjaman untuk menyelamatkan
bangunan MARINARA ini. Segala usaha untuk mendapatkan pinjaman dari
Maybank telah digagalkan olih beberapa pihak lain termasuk satu syarikat dari
Singapore PRESIDIO INTERNATIONAL yang halang Maybank dari memberi
pinjaman kepada PTSB.
Atas galakan Datuk Zukri Samat, Pengarah Eksekutif Danaharta semasa itu,
HMY berusaha melalui syarikat pembinaan nya, MARINA SDN BHD (MSB), untuk
siapkan bangunan dan mendapatkan Sijil Kelayakan.. Olih kerana sukar
mendapat pinjaman Bank, HMY telah menjual semua aset aset nya termasuk
rumah kediaman peribadinya nya untuk menampong perbelanjaan menyiapkan
bangunan MARINARA.
Satu satu daripada syarat Maybank untuk memberi pinjaman ialah PTSB mesti sewakan/jualkan sekurang kurangnya 50% ruang di dalam bangunan dan mesti menunjuk hasil. Akhirnya, HMY telah berjaya sewakan sebahagian bangunan dan masih dalam proses pemasaran. Tan Seri Samy Velu pun berususaha membantu dengan mengarah JKR menyewa seluruh bangunan MARINARA untuk dijadikan headquarters sementara selama beberapa tahun kerana headquaters mereka dalam pembinaan, tetapi Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, telah mengarah nya jangan berbuat demikian atas alasan “mereka nak ambil Injunksi terhadap HMY” Surat dari Kementerian Kewangan juga telah dihantar kepada beberapa Insititusi Kerajaan dan mengarah mereka “jangan menyewa Bangunan Marinara tetapi cari alternatif lain”. Jelaslah disini bahawa angkara mengambil Injunksi dan halau HMY keluar dari bangunan ialah angkara dan arahan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Selepas Prokhas mengambil alih PTSB dari Danaharta, HMY telah pergi berjumpa Pengarah Urusan nya, Fadzlur Abdul Rahman Ebrahim, awal tahun 2006. Beliau segera mengarahkan HMY supaya serahkan saja bangun MARINARA kepada beliau kerana beliau telah mendapat mandate sepenuh dari Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berbuat apa saja dia suka dengan bangunan ini. Beberapa saksi pegawai pegawai kanan nya dan dua Chartered Accountant yang berada bersama HMY, Wahab Sidek dan Othman Shah mendengarnya: “Baik awak serahkan bangunan ini kepada saya, kalau tidak saya akan gunakan Akta Danaharta terhadap awak”. HMY beritahu dia bahawa bangunan MARINARA sudah pun siapkan seperti dipersetujui olih Danaharta sebelum ini. Dia menjawab “ Saya tak peduli apa Danaharta buat dulu”. HMY beritahu dia hanya perlu dapatkan redemption sum untuk mengatur pinjaman bagi pihak Marina Sdn Bhd untuk membeli bangunan ini dan sudah ada Perjanjian Jual Beli antara PTSB dan MSB. Jawabnya: ”Bangunan belum siap lagi! Saya nak ambil alih dan siapkan bangunan ini.” Bila HMY ajak dia melawat dan memeriksa bangunan dia enggan pergi.
Selepas itu, Duar (atas arahan Prokhas) telah tutup bangunan dan matikan segala aktiviti di MARINARA. Sekuriti guard dia telah bermula dengan mencuri semua CCTV camera dan selepas itu memotong dan mencuri kabel kabel letrik dalam bangunan. Bangunan yang cantik dan berfungsi menjadi suatu bangunan yang terbiar dan tidak berfungsi lagi. Ia terpampang di Jalan Tun Razak untuk disaksikan olih semua pihak (gambar gambar kecurian kabel ada untuk bukti).
Duar telah mengeluarkan Iklan Iklan memburuk kan bangunan MARINARA sepanjang tahun beberapa kali dengan besar- besaran dalam semua Akhbar utama, serta memburuk kan HMY dan mengatakan “bangunan ini tidak selamat, tidak siap dan tidak mempunyai sebarang Sijil Kelayakan dan semua orang dilarang memasuki nya, khususnya Hajjah Marina Yusoff” sengaja untuk menghina dan memalukan HMY.
Selepas itu proses “tender” dibuat sebanyak tig kali. Tak hairan lah tiada mana mana syarikat besar sanggup memasuki tender yang telah diadakan tiga kali dan harga harga yang ditawarkan begitu rendah. Semua pembeli pembeli yang dibawa olih HMY dari Saudi Arabia dan luar Negara diketepikan dan tidak dibenar tengok kedalam bangunan pun sebelum itu. Dalam tender kali yang ketiga apabila Danaharta Hartanah masuk tender mereka menerimanya dengan mudah dan membuat penilaian sebanyak RM171 juta olih Penilai C.H. Williams yang mengatakan dia tidak masuk bangunan pun untuk membuat penilaian!
Sekarang Duar dalam proses mengambil MARINARA untuk anak syarikat Danaharta, Hartanah Danaharta dengan harga RM171 million (Harga ‘redemption” yang Prokhas tuntut dari HMY ialah RM 202 juta). Fadzlur Rahman Ebrahim (saudara kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) adalah satu daripada Pengarahnya. Harga pasaran pada 2006 ialah RM 430 million dan Laporan Penilian ini telah pun diberi kepada Duar dan Prokhas.
Walaupun jelas Duar gagal dalam tugas tugas Berkanun tetapi masih
berselindung dibawah Akta Danaharta yang memberi kuasa luar biasa sehingga
timbul salahguna kuasa dan penyelewengan dari tujuan asal dan tidak keadilan
berlaku kerana Mahkamah terikat dengan seksyen 66 dan 72 Akta Danaharta.
Beliau bertindak menlulu menghancurkan syarikat PTSB dan HMY.
Mereka telah menghalau semua pekerja pekerja dan menutup pejabat MSB yang
masih dalam proses menyiapkan kerja dan mengendalikan bangunan.
Duar telah membawa kes ke Mahkamah terhadap HMY untuk menghalaunya
keluar sebaik saja HMY memasuki permohonan untuk mendapatkan Sijil
Kelayakan ke DBKL .Jelas Duar berniat jahat atau “mala fide” dan mengkhianati
segala usaha usaha HMY untuk menyiap, menyewa dan/atau menjual
bangunan tersebut. Duar berbohong ke Mahkamah bahawa HMY telah
mencerobohi memasuki dan duduki hartanah tersebut selepas beliau di lantik
walhal HMY berada di tapak bangunan atas site ofis sejak bangunan belum
di bina lagi
HMY berusaha telah cuba berunding dan meminta kerjasama dari Duar untuk
menyewa dan/atau menjual bangunan tetapi beliau enggan berbuat demikian
walaupun sebelum itu Datuk Zukri Samat, Pengarah Urusan Danaharta telah
memberi kebenaran untuk menyiapkan dan memasarkan bangunan dan segala
usaha telah diambil dan berjaya di buat olih HMY sebelum ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah puas hati dengan kerja kerja yang
telah disiapkan olih Pemohon dan telah mengeluarkan kelulusan Sijil
Kelayakan pada 9hb November 2007. Duar terus menghalau keluar semua penyewa dan penghuni yang terdiri daripada Diplomat daripada Kedutaan Saudi Arabia dan Oman dan peniaga peniaga berprofail tinggi. Tindakan menutup bangunan telah mengurangkan penarikan dan menjatuhkan nilai harga jualan bangunan.
Injunksi Erinford
Walaupun Perintah Injunksi telah diberi pada pagi 15th September 2006
terhadap HMY tetapi HMY telah berjaya mendapat Injunksi Erinford (yang
berkuasa menahan perintah Injunksi awal) yang dipohon pada petang hari yang
sama. Tetapi Duar tidak mempedulikan perintah Erinford dan terus
menganggu dan menggugut HMY sehingga security guard mereka Falcon
Sekurity telah mengugut membunuhnya sekira nya beliau duduk berterusan di
bangunan MARINARA.
Duar juga membawa kes menghina Mahkamah bertujuan memasuki HMY
kedalam penjara dan kes ini masih berterusan.Tindak tanduk Duar telah
menjejaskan hak hak dan imej HMY yang tidak boleh diganti dengan wang
ringgit dan merugikan syarikat PTSB yang berterusan.

Duar sengaja bertindak merugikan syarikat PTSB apabila menamatkan semua
penyewaan dan tutup bangunan. Sepatutnya Duar membenarkan PTSB
meneruskan penjanaan pendapatan untuk PTSB.
Danaharta dan Prokhas diuruskan oleh orang yang sama, Fadzlur
Rahman Ebrahim. Dia juga Pengarah dalam anak syarikat Danaharta Hartanah
yang dikatakan telah membeli bangunan ini. Pejabat Danaharta Urus Sdn Bhd
telah di ambil alih olih Prokhas Sdn Bhd.
Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengawas yang di peruntukan dalam Akta
Danaharta 1998 tidak ujud atau berfungsi lagi. Tidak ada ‘ transparency’ atau
tanggungjawab dalam semua keputusan yang di buat olih Prokhas yang masih
berselindung dibalakang Akta Danaharta apabila ada kes di Mahkamah
terhadapnya.
SALAHLAKU OLIH DUAR TUAN KIAT DAN AGEN AGEN NYA:
1. Marina Sdn Bhd telah dilantik oleh Syarikat Pekeliling Triangle Sdn Bhd
sebagai kontraktor sejak 5hb Oktober 2002 dan telah dibenarkan oleh
Danaharta pada bulan November 2004 untuk menyambung kembali tugas-
tugas sebagai kontraktor bagi memperbaiki kerosakan yang berlaku serta
menyiapkan Bangunan MARINARA seperti yang sepatutnya yang dikehendaki
oleh DBKL dan juga menjalankan program pemasaran.
2. Selain daripada menyiapkan kerja-kerja, MSB telah menjaga bangunan
MARINARA dengan sempurna dan telah mengeluarkan perbelanjaan yang
besar bagi menjaga “maintenance” bangunan sehingga mendapat C.P.C. dan
C.F. dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
3. Sehingga kini MSB telah membayar segala perbelanjaan untuk
menyiapkan bangunan serta “maintenance” bangunan MARINARA seperti
bil letrik, bil air, perkhidmatan sekuriti, bil pencuci bangunan malahan MSB
juga telah membayar deposit kepada SYABAS dan TNB bagi memastikan
bekalan air dan elektrik terus diberi tetapi malangnya Duar telah mengarahkan
kedua-dua badan tersebut supaya menutup akaun dan memotong bekalan.
Mereka meminta duit deposit yang telah dibayar oleh MSB dikembalikan kepada
mereka walaupun Duar mengetahui bahawa terdapat penyewa-penyewa pejabat
dan apartmen di dalam bangunan tersebut.
4. Bermula pada 6 haribulan Mei 2006, sekumpulan Pengarah-Pengarah dari
Syarikat Ernst & Young dan pekerja-pekerjanya berserta dengan
pegawai-pegawai keselamatannya telah cuba mengambil bangunan MARINARA
secara paksa daripada HMY tetapi mereka terpaksa meninggalkan
premises bangunan tersebut kerana mereka tidak dapat membuktikan apa-
apa dokumen.
5. Sejak itu, Duar serta agen-agennya telah mencerohoh bangunan dan
terus-menerus mensabotaj Plaintif dengan cara mengagalkan usaha
pemasaran yang telah dilakukan oleh MSB seperti menghebahkan kepada
orang ramai bahawa Duar adalah pemilik bangunan dan bukan HMY dan
menghalang orang ramai daripada memasuki bangunan, membuat iklan iklan
negative mengenai bangunan MARINARA di dalam akhbar akhbar utama, tidak
mengalakkan dan menakutkan orang ramai daripada menyewa bangunan
konon nya bangunan ini tidak mempunyai sijil layak memduduki dan
sebagainya.
6. Duar juga telah menghantar surat-surat kepada bakal bakal pembeli
dan penyewa bangunan yang berminat untuk membeli dan menyewa
bangunan dan akibat daripada itu, badan badan kerajaan yang pada awalnya
berminat untuk menyewa telah menarik balik niat mereka dan mencari
alternative lain. Kementerian Kewangan dibawah arahan Menteri Kewangan
II telah mengeluarkan surat arahan kepada badan badan kerajaan
mengarahkan mereka “ tidak dibenarkan menyewa bangunan MARINARA tetapi
mencari alternative lain.” Beberapa surat telah ditulis olih HMY kepada Menteri
Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tetapi beliau tak peduli langsung.
7. Duar dan agen-agennya, khususnya , sekuriti guard Falcon, sentiasa
menimbulkan kekacauan dan gangguan diseluruh “shopping Complex” dan
“Coffee Lobby” bangunan yang telah mengakibatkan kedua-duanya terpaksa
ditutup dan MSB terpaksa menanggung kerugian dan pulang balik sewa sewa
dan deposit dan sehingga kehari ini masih berusaha untuk menyelesaikan
bakinya dengan Kedutaan Saudi dan Oman dan penyewa penyewa lain yang
telah banyak belanja mengubahsuaikan pejabat dalam bangunan MARINARA.
8. Duar dan agen-agennya telah (i) memotong, mencuri dan menyebabkan
kerosakan kepada kabel-kabel elektrik utama bangunan yang menyebabkan
bekalan elektrik terputus dan panghawa dingin dan saluran air tidak dapat
berfungsi dan dianggarkan kerugian berjuta-juta ringgit
(ii) Mencabut dan mencuri CCTV yang dipasang di tempat-tempat
tertentu di dalam dan disekitar bangunan.
(iii) Memotong bekalan air didalam bangunan semasa ada penghuni
(iv) menghalang orang ramai daripada meletakkan kereta mereka disekitar
bangunan. Tindak-tanduk Duar yang tersebut diatas telah mengakibatkan MSB
dan HMY terpaksa menanggung kerugian yang amat besar dan berterusan.
TERBARU
Duar Tuan Kiat, selaku Receiver yang di lantik olih Danaharta, telah meminta
penilian di buat dimana nilai dari RM30 juta telah di turunkan kepada RM171
juta dan dikatakan ‘telah di jual’ kepada Danaharta Hartanah yang juga di
kuasai olih FADZLUR RAHMAN EBRAHEEM.
Pihak Merina Yusoff dan semua pemegang saham Pekeliling Triangle Sdn Bhd
telah membuat tawaran sebanyak RM171 juta melalui peguam kepada mereka
tetapi langsung tidak di layan atau dijawab.(Salinan surat ini telah diberi kepada
Datuk Seri Najib sejak Disember 2008 dan beliau telah mengarah Fadzlur untuk
menolong Hajjah Marina Yusoff. Datuk Abdul Azim, atas arahan Najib, telah
berusaha tetapui sehingga kini tidak berjaya.
Mereka dalam proses menjual hartanah ini untuk mendapat keuntungan lebih
bagi diri mereka.
Pihak pemegang saham minta supaya bangunan ini di jual balek depada
Mereka dan beri masa yang cukup untuk aturkan kewangan. Surut persetujuan
dari Prokhas diperlukan untuk menggerak proses ini..

1 comment:

  1. Hello, and Best Wishes from London. I'm very sorry to hear about the stress of your battles .. I'm Certain it's all very undeserved. You may remember me or not, but you welcomed me as a guest into your family home about 15 years ago. I lost all of my friends' contact details years ago, and hope to Fix That with this message. I've been to Malaysia so many times since, but was always frustrated by my failure to make contact. Would you mind dropping me an email When you have a spare moment? The best email address to use is jason@danielspharmacy.co.uk. Also please send my regards to your family. Regards, Jason Muir +44 091 144 7932.

    ReplyDelete